Berita Mutakhir

Friday, April 11, 2008

Multimedia dan kesannya kepada Industri

.
􀂉Perkembangan teknologi Multimedia telah memberi kesan kepada 3 bidang industri,

iaitu :-
􀂃Industri komputer (computing)
􀂃Industri telekomunikasi (telecommunication) dan
􀂃Industri penyiaran (broadcasing)
􀂉Kesannya Kepada Industri Komputer.
􀂃Maklumat komputer tidak lagi dipersembahkan melalui teks dan grafik, tetapi juga melalui sumber-sumber yang diperolehi daripada media lain seperti audio dan video.
􀂃Sistem komputer multimedia telah banyak berubah untuk memastikan ia berkemampuan menukar sebarang makluamt dalam keadaan analog seperti suara, muzik dan video ke format digital. Dan kemudiannya menukar semula data yang berada dalam bentuk digital ke bentuk analog apabila diperlukan.
􀂃Pelbagai jenis media storan telah dikeluarkan untuk membolehkan data multimedia disimpan.
􀂃Wujudnya pelbagai perisian baru yang membenarkan komputer mengawal sistem multimedia serta boleh diaturcarakan oleh seseorang pengaturcara sistem atau pengguna akhir. Data daripada pelbagai media perlu boleh disepadukan supaya dapat melaksanakan sesuatu tugas.
􀂃Cara maklumat dipersembahkan telah berubah. Selain penggunaan kertas dan skrin komputer, maklumat multimedia dipersembahkan mengguna speaker atau dirakam terus keperanti video.
􀂉Kesannya Kepada Industri Telekomunikasi.
􀂃Maklumat multimedia juga diagih melalui rangkaian komputer atau penghantaran tanpa wayar (satelit).
􀂃Oleh kerana maklumat multimeida selalunya bersaiz besar dan dalam keadaan berterusan (continous), kaedah penghantaran data yang sesuai amat diperlukan. Ini mengakibatkan perubahan kepada sistem telekomunikasi yang ada. Sistem rangkaian yang dahulunya hanya menggunakan talian telefon yang membawa sedikit data dan lambat (iaitu < 28 kbit), kini telah berubah kepada talian lease yang membolehkan lebih banyak data dihantar seperti 2Mbit, 10Mbit dan 622Mbit (contohnya diMSC).
􀂉Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
􀂃Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital.
􀂃Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer.

No comments: